Apabila kita membuat keputusan mahu membangunkan bisnes, pasti perlu ada persediaan dan perancangan yang rapi. Ini penting supaya kita jelas dengan apa yang mahu dicapai. Kita juga bersedia menghadapi pelbagai risiko.
Setelah memastikan jenis bisnes yang akan diceburi, susun langkah anda kepada 3 fasa seperti di bawah:
Fasa pertama.
Fasa pertama ialah fasa idea atau melakar mimpi. Di dalam fasa ini, terdapat 2 peraturan yang perlu difahami:
- Kenali bakat yang ada pada diri kita?
- Adakah kita mempunyai DNA serta bakat bisnes?
- Atau adakah kita mempunyai kepakaran dalam bidang yang mahu diceburi?
- Atau kita suka menjalinkan hubungan bisnes dengan ramai orang?
- Atau kita mempunyai bakat pengurusan yang baik?
- Setelah kenali bakat yang kita ada, seterusnya fahami dahulu ‘game’ industri yang akan kita ceburi ini. Kita perlu tahu jenis-jenis perlesenan dan syarat pematuhan undang-undang apabila berkecimpung dalam bisnes ini. Kita perlu faham tren terkini industri termasuk perkembangan teknologi dan metod-metod baru.
Bagaimana kita boleh fahami jenis bisnes yang mahu kita ceburi ini, adalah melalui perkara di bawah:- Melalui pembacaan
- Hadiri kursus yang berkaitan
- Pengalaman orang lain
- Bermentor
- Ataupun sebaiknya berkulilah dahulu
Fasa kedua
Kemudian, kita masuk ke fasa merancang dan menyusun idea bisnes kita tadi. Berikut merupakan 5 perkara yang perlu dibuat di dalam fasa kedua ini:
Langkah Pertama; Bina Business Model Canvas (BMC)
Ini perkara yang paling penting dan MESTI dilakukan sebelum memulakan bisnes. Di dalam melengkapkan BMC, kita akan kenali beberapa perkara penting dalam bisnes kita. Antaranya:
- Siapa sebenarnya pelanggan kita? (sudah pasti bukan semua rakyat Malaysia boleh jadi pelanggan kita)
- Apakah nilai tawaran kepada pelanggan tersebut?
- Bagaimana nilai tawaran tersebut boleh diketahui oleh pelanggan kita?
- Bagaimana pula bisnes kita boleh menjalinkan perhubungan dengan pelanggan kita?
- Bagaimana kita boleh mencipta pelbagai sumber pendapatan bisnes kita?
- Apakah aktiviti utama bisnes kita?
- Siapakah rakan niaga kita?
- Apakah pula sumber yang kita ada?
- Dan akhirnya apakah kos-kos yang terlibat?
Bacaan lanjut boleh rujuk buku Business Model Generation yang ditulis oleh Alexander Osterwalder & Yves Pigneur (2010). Atau hadiri bengkel untuk kefahaman lebih jelas.
Sebagai contoh, apabila kita mahu buka sebuah tadika di lokasi yang kebanyakan penduduknya adalah golongan elit yang sudah pencen.
- Apakah ciri-ciri ibubapa yang akan menghantar anak ke tadika tersebut?
- Apakah keunikan tadika kita yang diperlukan oleh ibubapa di atas?
- Bagaimana ibubapa kita boleh mengetahui tentang keuinikan tadika kita?
- Bagaimana pula menjalinkan hubungan yang berpanjangan dengan ibubapa di tadika kita?
- Apakah pendapatan yang boleh dijana daripada bsnes tadika selain pembayaran yuran bulanan?
- Apakah aktiviti utama tadika kita, selain sesi pengajaran dan pembelajaran?
- Siapakah pihak yang menjadi rakan niaga tadika kita?
- Apakah sumber yang kita ada untuk menggerakkan bisnes tadika kita?
- Apakah kos yang terlibat di dalam operasi tadika?
Langkah Kedua: Kajian Pasaran
Setelah melakukan validasi ke atas BMC bisnes kita, langkah seterusnya adalah melakukan kajian pasaran (feasibility study). Ini penting supaya pelanggan yang mahukan perkhidmatan kita ini berada di lokasi pilihan.
Langkah Ketiga: Unjuran Kewangan
Lakukan unjuran kewangan supaya kita boleh mengawal kos dan tidak berbelanja yang tidak perlu. Kita juga boleh ramalkan pendapatan kita.
Orang bisnes akan sentiasa bekerja dengan angka-angka!
Langkah Keempat: Mebina Pasukan Kerja
Pastinya kita tidak mampu melakukan semua kerja ini berseorangan. Jika kita mahu bisnes ini membesar sudah tentu dari awal kita memilih pasukan kerja untuk bangunkan bisnes ini.
Pemilihan ‘founding team’ bukan mudah tapi perlu dilakukan. Pilih dan bawa masuk bakat-bakat baru dan bangunkan bakat-bakat sedia ada.
Fasa ketiga
Akhirnya, kita akan masuk ke fasa ketiga iaitu fasa operasi. Dalam fasa ini, pada peringkat awal pembina bisnes akan melakukan beberapa kerja dan tugasan. Ini termasuk fikirkan strategi bisnes, sistem operasi harian, penjenamaan dan pemasaran malahan hampr kesemua hal urus tadbir sebuah syarikat termasuk sumber manusia.
Kemudian, fokus kepada susun strategi bisnes, bermula dengan mencipta sistem supaya bisnes kita boleh berjalan sendiri tanpa kehadiran kita. Dan juga pembinaan tim pasukan yang komited menjayakan pengembangkan syarikat kita. Bagi memastikan bisnes dapat berkembang dengan baik dan cepat, pembina bisnes perlu tumpukan kepada penambaikan tim bisnes.
Kita tidak boleh selama-lamanya berada dalam fasa start up!
Bisnes mesti berkembang. Ramai orang mesti mendapat manfaat daripada perniagaan yang kita bangunkan ini!



