Junjungan mulia kita Nabi Muhammad S.A.W. diutuskan bagi menyempurnakan akhlak manusia, termasuklah membentuk sebaik-baik umat. Kehidupan Nabi Muhammad S.A.W. sewaktu kecil sehingga menjadi Pesuruh Allah dan bagaimana Nabi mengembangkan dakwah sehingga seantero dunia perlu diteliti. Nabi dididik dan dilatih terus oleh Yang Maha Pencipta, namun model bakat yang ada pada Nabi adalah ideal untuk dijadikan panduan di dalam membangunkan modal insan pada hari ini.
Model Pembangunan Bakat Nabi
Sumber: Tim Pengkaji Hadith, Ainon Business School
Ainon Business School merupakan sekolah bisnes yang menjalankan bisnes. Dalam masa 3 tahun, ABS mempunyai 50 anak syarikat dengan beberapa syarikat induk, tanpa sebarang pinjaman wang atau geran kerajaan. Apakah yang membuatkan perkembangan pesat ini?
Pertamanya, model pembangunan bakat Nabi ini dijadikan ‘benchmark’ apabila mereka melatih setiap usahawan di dalam sekolah bisnes ini. Bakat dan modal insan menjadi asas ekonomi seseorang manusia. Bekerja dahulu dengan kemahiran yang kita ada (self service). Dalam model pembangunan bakat Nabi, sejak usia 8 tahun Nabi sudah pun mengambil kontrak menjaga ternakan orang kaya. Sehingga usia 12 tahun, Nabi mengembangkan bakatnya atas usaha dirinya sendiri. Beliau tinggal di kampung, beliau belajar dari alam dan masyarakat di kampungnya. Apakah yang dapat kita gali dari sirah ini?
Selepas 12 tahun, Nabi pindah pula ke bandar, di mana beliau ‘masuk sekolah bakat’ dan berguru kepada bakat besar Abu Talib selama 6 tahun, sehingga tamat belajar pada usia 18 tahun. Apakah yang dapat kita gali dari sirah ini?
Setelah 4 tahun dalam sektor servis atau perkhidmatan, Nabi mula menjalani ‘internship’ di dalam bisnes trading bapa saudaranya, Abu Talib. Bakat-bakat keusahawanan Nabi dan modal sosial Nabi dipertajamkan. Ramai orang suka berurusan dengan Nabi sehingga Nabi dikenali sebagai Al-Amin. Selama 6 tahun Nabi bekerja dengan Abu Talib sehingga suatu hari Abu Talib menyarankan kepada Khadijah mengambil Nabi sebagai rakan kongsi.
Khadijah merupakan seorang saudagar yang kaya raya. Khadijah memodalkan Nabi dengan barangan dagangan yang dipantau terus oleh Maisarah selama 3 tahun berturut-turut. Dengan modal sosial dan bakat kemahiran berdagang yang ada pada Nabi, barang dagangan Nabi sentiasa laku dan beroleh keuntungan.
Akademi Bakat dan program talent-development
Berasaskan kepada pemahaman dalam model pembangunan Nabi, kami berpandangan bahawa model ini lebih ideal apabila kita gunakan sejak sekolah rendah lagi. Kami percaya mindset dan bakat keusahawanan lebih senang diasuh dan dilatih sejak dari kecil lagi. Model ini sedang diguna pakai di Akademi Bakat ABS, Kampus Bangi; salah satu inisatif pendidikan supaya melahirkan bakat-bakat yang diperlukan oleh manusia supaya mereka boleh berdikari dalam cabaran hidup pada masa akan datang.
Bagaimana bakat keusahawanan boleh dipupuk di sekolah? Mulakan dengan mendedahkan anak-anak dengan pelbagai aktiviti bakat terutama di tadika dan sekolah rendah. Pada waktu ini anak sedang berada dalam fasa membesar dan mereka perlu didedahkan dengan pelbagai input, maklumat dan cabang ilmu.
Mereka harus banyak melakukan aktiviti seperti:
- membina
- menghasilkan sesuatu dari bahan terpakai sebagai contoh
- meluaskan lagi perbendaharaan kata dengan banyak mendengar dan membaca
- melakukan penemuan-penemuan baru (exploration)
- aktiviti-aktiviti kreatif
- bercerita
Pada masa ini, adalah penting untuk melatih dan mengasuh anak-anak ini dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk ‘survival’ dalam kehidupan mereka kelak. Kemahiran-kemahiran ini yang kami percaya akan mengembangkan bakat-bakat yang semulajadi ada dalam diri mereka dan membentuk mindset keusahawanan yang kami panggil sebagai ‘nilai preneurship’.
| Peringkat umur | Pernyataan pendidikan, sikap dan nilai |
| 7 – 10 tahun | Pembinaan karakter dan akhlak halus.Menyemai 6 nilai preneurship.Didedahkan dengan pelbagai aktiviti bakat. |
| 11 – 14 tahun | Menunjukkan karakter 6 nilai preneurship.Menunjukkan bakat kepimpinan.Menguruskan projek-projek kecil.Mereka cipta projek sendiri.Mengetuai projek masyarakat dan keusahawanan kecil-kecilan.Profiling bakat. |
| 15 – 16 tahun | Boleh menguruskan projek-projek lebih besar sama ada kemasyarakatan atau keusahawanan.Internship dengan syarikat atau organisasi.Mahir membina aktiviti yang menjana pendapatan.Sudah ada hala tuju yang jelas.Memilih bidang yang mahu diteruskan pada penghujung sesi. |
| 16 – 18 tahun | Bakat akademik/profesional ke universiti.Bakat keusahawanan ke sekolah bisnes ABS (Akademi Bisnes).Akademi Bakat dan Akademi Bisnes akan membantu pelajar mencipta startup dengan bantuan modal yang tidak terhad kepada wang ringgit semata. |
Preneurship yang kami maksudkan ialah bakat am keusahawanan. Preneurship boleh melahirkan mereka yang boleh berdiri di atas kaki sendiri. Bukan bermaksud jual beli sahaja. Akademi Bakat ABS, sebagai model Sekolah Masa Hadapan juga perlu kepada konten atau silabus, teaching tools & teaching aids dan falsafah yang jelas dalam memaknakan kemenjadian murid. Kami mengambil ibrah daripada hadis yang dilaporkan oleh Saidatina Aisyah binti Abu Bakar berkaitan 6 nilai preneurship yang perlu dipupuk kepada setiap manusia supaya model pembangunan bakat Nabi itu boleh berjaya diaplikasikan:
“Hadis ini dilaporkan oleh Aisyah bini Abu Bakar. Muhammad kembali kepada keluarganya dengan membawa ayat wahyu dalam keadaan gelisah. Beliau menemui Khadijah binti Khawailid lalu berkata, “Selimuti daku, selimuti daku!” Beliau pun diselimuti hingga hilang ketakutannya. Kemudian, beliau menceritakan peristiwa yang terjadi itu kepada Khadijah, “Saya benar-benar bimbangkan diri saya.” Khadijah berkata, “Janganlah begitu, bergembiralah! Demi Allah, Allah tidak akan mengkhianatimu, selama-lamanya.” “Demi Allah! Sesungguhnya, dikau menyambung tali persaudaraan, bercakap benar, memikul beban orang lain, suka mengusahakan sesuatu yang tidak ada, meraikan tetamu, dan sentiasa membela kebenaran.” Khadijah beredar seketika dan kembali semula menemui bagina dengan membawa bersama Waraqah bin Naufal bin Asad bin Abdul Uzza, seorang sepupu Khadijah.”
-Hadis ini terdapat dalam rekod hadis-hadis autentik koleksi Al-Bukhari-
Ciri-ciri yang disebut dalam hadis tersebut dapat dijelaskan seperti berikut:
- Menyambung tali persaudaraan:
- Kebijaksanaan Koperatif (Cooperative intelligence)
- Kebijaksanaan Sosial (Socially intelligence)
- Kepimpinan
- Memainkan banyak peranan dalam masyarakat
- Theory economy of connection
- Berkata benar
- Kebijaksanan kendiri (Self intelligence)
- Kebijaksanaan emosi (Emotional intelligence)
- Self monitoring
- Integriti
- Mencari assessment yang menyemak integriti
- Memikul beban orang lain
- Mendahulukan kepentingan kumpulan
- Apa yang baik untuk ummah, didahulukan
- Leaders eat last
- Berkorban
- Perjuangan
- Contoh; Raja Shamri, Anwar Ibrahim
- Bukan setakat responsibility
- Ada paku di tengah jalan, turun dan buang (fikir orang lain yang dia tak kenal)
- More than natural
- Suka mengusahakan sesuatu yang tidak ada
- Kreativiti
- Inovatif
- Opportunity seeker
- Meraikan tetamu
- Diplomatic skill / diplomatic intelligence memerlukan kepandaian bahasa
- Bekerjasama
- Pengurusan konflik (conflict resolution)
- Mediator
- Negotiator
- Sirah Hassan bin Thabit
- Siapa pun datang, Nabi meraikan, walaupun musuh
- Memperjuangkan kebenaran
- Memberi penerangan
- Berani menongkah arus
- Tahu keutamaan
- Disebabkan mahu menyambung tali persaudaraan, memperjuangkan kebenaran akan dilakukan sebagai pilihan yang terakhir.
- Sebelum memperjuangkan kebenaran, berusaha mencari kebenaran
- Delay judgement
- Idea buruk orang, diam, tidak kritik.
Kami percaya di dalam menyemarakkan ekonomi bakat, mulakan dengan mengasuh dan membangunkan modal insan dengan asas ekonomi. Asas ekonomi inilah yang membolehkan anak-anak membesar menjadi manusia yang tinggi ‘common sense’ dan sentiasa berfikir bagaimana memberi kebaikan kepada ummah.
Adapun pelajar ini nanti, walaupun mereka memilih pekerjaan selain usahawan seperti doktor atau guru, dengan ciri preneurship yang ada dalam diri mereka, mereka menjadi manusia yang mendahulukan kepentingan kumpulan daripada kepentingan peribadi.
Jika mereka kelak menjadi seorang menteri, mereka mempunyai integriti yang tinggi di dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.
Tulisan ini juga ada di dalam Buku ‘Manifesto Sekolah Masa Hadapan’ terbitan ABIM (2017)

