Sekolah perlu melakukan transformasi pendidikan, bukan lagi menghasilkan pekerja industri malahan perlu menyiapkan murid sebagai modal insan kepada pekerjaan-pekerjaan yang belum wujud lagi.
Setiap manusia mempunyai A yang tersendiri. A yang dimaksudkan adalah keunikan, kecemerlangan dan pencapaian seseorang berdasarkan bakat yang ada pada dirinya, bukan dari sudut akademik semata-mata. Apabila bakat dan potensi mereka ditingkatkan, mereka akan memberikan kebaikan kepada ummah di mana sahaja mereka berada.
Kami percaya membina sekolah yang pelajarnya cintakan ilmu harus bermula dengan ‘bekerja’ dahulu. Apabila mula bekerja, mereka akan bertemu masalah. Bagi menyelesaikan masalah, mereka akan membaca, buat kajian dan mencari solusi melalui internet, bertanya kepada yang pakar. Ilmu yang mereka perolehi adalah ilmu praktikal. Dengan cara ini, mereka akan lebih cepat boleh monetize bakat yang ada dalam diri mereka atau melalui kemahiran yang mereka ada.
Proses pembelajaran di sekolah seharusnya memberikan pengalaman yang menyeronokkan. Belajar bermaksud mencari ilmu. Konsep mencari ilmu harus berlaku sepanjang hari, sepanjang tahun sehingga manusia itu dimasukkan ke liang lahad. Persoalannya ilmu apa dan bagaimana cara menilai ilmu yang diperolehi benar-benar difahami.
Proses menukar mindset supaya pendidikan boleh berlaku seiring dengan anak ‘bekerja’ ini panjang dan sukar. Kami mulakan langkah panjang ini dengan menjalankan sekolah bakat. Bakat apa yang mahu dibangunkan? Bakat preneurship supaya mereka mampu ‘survive’ dalam dunia mereka nanti.
Lanjut mengenai Akademi Bakat ABS, bolehlah melawat ke www.akademibakat.com.my

