Sana-sini orang bercakap tentang ‘new normal’ atau kebiasaan baru. Perdana Menteri kita juga berpesan supaya kita membiasakan diri dengan new normal, antaranya menjaga kebersihan, kerpa basuh tangan, amalkan penjarakan sosial, mengelak daripada berkumpul dengan ramai orang serta keluar bila perlu sahaja.
COVID-19 mengajar kita supaya ‘adapt & adopt’ dalam seluruh kehidupan umat manusia di seluruh dunia. Manusia yang bersedia untuk ‘adapat & adopt’ ini sahajalah yang akan ‘survive’. Manusia yang sentiasa komplen & tak puas hati serta ayik mengeluh akan ‘mati’ dengan sendirinya sehinggalah mereka belajar untuk ‘adapt & adopt’.
Apakah yang dikatakan ‘adapt & adopt’?
Di dalam Bahasa Melayu, ‘adapt’ bermaksud menyesuaikan diri, manakala adopt bermaksud mengambil, menerima sesuatu atau mengguna pakai.
Jadi, ‘adapt & adopt’ bermaksud kita mengubah cara kita bekerja / sudut pandang malahan pengurusan kehidupan kita supaya kita boleh menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Dan ianya adalah satu kemahiran. Tidak semua orang mempunyai kemahiran ini.
Orang yang mempunyai kemahiran untuk beradaptasi & menyesuaikan diri, mereka lebih mudah berjaya.
Cuba lihat mereka yang belajar di luar negara dengan tajaan biasiswa yang tidak mencukupi. Mereka yang mempunyai kemahiran adaptasi, akan berjimat cermat serta melakukan kerja-kerja yang menambah pendapatan. Disebabkan hidup jauh dengan keluarga dan di negara yang asing, mereka akan bekerja keras. dan sentiasa mencari peluang-peluang baru untuk diterokai. Matlamat mereka satu, dapat menampung perbelanjaan harian mereka, menghabiskan pembelajaran & menambah pengalaman.
Justeru itu, jika kita memang merancang supaya bisnes kita bertahan & berkembang dalam pasaran, ambil berat kepada 5 perkara di bawah:

1. NILAI, MODEL BISNES & EKOSISTEM YANG MENDOKONG
Bisnes yang bersandarkan nilai akan lebih bertahan dalam pasaran. Nilai adalah APA yang menyebabkan pelanggan membeli daripada kita. Walau berapa pun harga yang kita tawarkan, mereka sanggup dapatkan daripada kita.
Nilai yang bisnes kita tawarkan ini mestilah dipasakkan dalam minda staff & pelanggan kita.
Contoh nilai seperti pelanggan membeli biskut yang rangup dan nilai yang membuatkan mereka menjadi pelanggan tetap kita apabila biskut rangup itu mempunyai cip coklat yang perlahan-lahan cair di mulut, tidak begitu manis dan berbaloi dengan harga.
Lihat kembali model bisnes & ekosistem yang sedia ada. Mana yang perlu ubah? Mana yang perlu dihentikan? Mana yang perlu ditambah?
Perhatikan:
- Produktiviti setiap ahli pasukan – apakah menyumbang kepada keperluan semasa. Jika tidak, buat keputusan segera, samada kekalkan atau keluarkan.
- Kompetensi yang kita ada: kita sendiri, syarikat & setiap ahli pasukan
- Kemudahan & fasiliti yang kita ada – apakah digunakan secara optimum, apakah ada yang perlu dikurangkan
- Bagaimana pula duit keluar masuk diuruskan? Pantau rapat setiap saat kedudukan kewangan syarikat kita. Yang ini kerja hakiki kita.
- Teknologi seharusnya membantu melicinkan pengurusan bisnes kita – ambil berat mengenai platform, database, cloud, data analytics, AI…
2. GAYA KEPIMPINAN YANG MENGANDUNGI ‘SUCCESSION PLAN’
Bagaimana kita memimpin bisnes kita juga mempengaruhi apakah bisnes kita mempunyai ketahanan & sentiasa mendepani masa hadapan?
Buat keputusan walaupun pada saat yang sangat sukar. Kita percaya setiap keputusan yang kita ambil adalah terbaik pada masa tersebut. Yang penting kita mahu PROGRES. Sentiasa ada kemajuan. Hari ini mesti lebih baik dari semalam.
Sebagai pemimpin, kita perlu sentiasa berkomunikasi dengan JELAS dan TERANG. Jangan sembunyikan apa-apa daripada rakan kongsi & staff kita. Telus. Rancang komunikasi secara proaktif. Bercakap dengan mereka yang terlibat secara langsung & tidak langsung mengenai rancangan kita; rakan kongsi, pemegang saham, staff, pelanggan, pihak bank serta pembekal kita.
Bisnes yang baik apabila mempunyai succession plan atau pelan penggantian kepimpianan yang baik. Siapa orang yang boleh mengambil alih tugasan kita? Sebagai pendiri bisnes, jika kita berperanan sebagai pemimpin dengan melatih kakitangan yang kita ada sebagai pemimpin seterusnya, akan memastikan bisnes berkembang baik tanpa perlu kita lagi di situ.

3. OPERASI YANG EFISIEN
Bisnes yang sentiasa menambah baik cara mereka bekerja atau beroperasi akan memastikan kelangsungan hayat mereka dalam pasaran. Termasuk juga yang mengamalkan ‘good governance’ ataupun diurus tadbir dengan betul.
Sepanjang tempoh PKP ini, kita lihat ramai orang dan bisnes tidak layak mendapat bantuan & insentif kerajaan hanya kerana syarikat mereka tidak diseliakan mengikut tatacara & peraturan yang telah ditetapkan.
Syarikat tidak mencarum KWSP & SOCSO, tidak pernah melaporkan pendapatan kepada LHDN, ada akaun bisnes, namun tidak pernah guna ( ini kes buka akaun untuk dapatkan geran / pinjaman, namun pendapatan harian masuk bank personal) dan lain-lain lagi situasi yang tidak mengikut cara betul mengurus bisnes, mereka gagal mendapat hak mereka samada perniagaan mereka berstatus Enterprise, PLT apatah lagi Sdn Bhd.
Rancang pelan untuk ‘disrupt’ cara bisnes kita beroperasi!
Tentukan mana yang boleh dibuat online, mana yang tidak boleh langsung dilakukan secara online. Staff kita perlu dilatih. Minda mereka perlu proaktif. Pemantauan & proses mentoring perlu dilaksanakan secara lebih giat.
4. KUKUHKAN JENAMA YANG DIPERCAYAI
Apabila sebut jenama bisnes kita serta nama kita, apakah 1 perkataan yang orang akan sebut tentang jenama & kita?
JENAMA & NAMA kita adalah aset yang berharga. Ianya adalah imej / gambaran yang terlintas di fikiran pelanggan kita.
Jenama kita mesti dipasakkan kepada minda sasaran pasaran kita secara konsisten, setiap hari, setiap masa. Antara caranya:
- Kongsikan konten yang bersesuaian dengan jenama & nilai bisnes
- Konsisten dalam penggunaan warna & layout samada media sosial & offline
- Pastikan sasaran pasaran kita SEDAR kewujudan bisnes kita samada secara online atau offline
- Cipta pengalaman pelanggan yang unik & bersesuaian dengan nilai sehingga mereka berkongsi pengalaman tersebut bersama rakan mereka
- Minta ‘influencer’ yang SESUAI bercakap-cakap tentang jenama kita tanpa disuruh-suruh

5. KEKAL RELEVAN DENGAN PERUBAHAN TINGKAHLAKU PELANGGAN!
Sentiasa bersedia untuk ‘adapt’ & ‘adopt.
Manusia berubah. Citarasa pelanggan akan berbeza. Gaya hidup mereka juga akan mengalami perubahan. Pasaran tidak tetap, sentiasa bergerak, berubah & mengalami transformasi.
Maka, jika mahu kekal relevan, wajarlah kita mengikut perubahan ini. Sentiasa berwaspada.
Untuk berwaspada, kita perlu sentiasa BELAJAR dan ambil tahu akan perubahan yang berlaku di lokaliti kita, negara kita termasuklah merentasi negara.
Sebagai pemimpin, kita juga perlu memastikan setiap ahli pasukan kerja kita (termasuklah diri sendiri) sentiasa kompeten & kemahiran mereka dipertingkatkan.
Bisnes kita mestilah berupaya memberi solusi kepada sasaran pelanggan kita. Bisnes hari ini semakin bersifat peribadi.
Akhir sekali, selamat melakukan ‘adapt’ & ‘adopt’ untuk sentiasa siap siaga sebagai organisasi yang mendepani masa hadapan!

