Untitled Design 4

3 Langkah Penting Urus Bisnes Sewaktu Krisis

Minggu ini saya menerima beberapa PM pengusaha bisnes pendidikan yang minta pendapat. Tambah-tambah lagi dengan kebimbangan mereka mengenai krisis pandemik yang sedang melanda negara, Kebimbangan orang bisnes, apabila meluahkan rasa hati, mereka akan cari orang bisnes juga.

Rata-rata mereka ini sudah lama berbisnes, dari tahun ke tahun, Ada staff yang pada awal bekerja masih bujang. Sekarang sudah beranak pinak. Ada anak-anak yang sudah pun besar.

Namun, bisnes makin suram. Zaman kegemilangan seolah-olah sudah berlalu. Berputar kepada orang lain pula. Begitukah tulah bisnes? Lebih-lebih lagi bisnes keluarga atau bisnes kecil-kecilan. Mahu tutup, rasa sayang. Mahu berkembang tidak tahu bagaimana. Buntu!

1. Faktor luar kawalan vs Dalam kawalan

Bolehkah kita mengelak keadaan begini daripada berlaku?

Sebelum menjawab persoalan ini, kita perlu tahu bahawa terdapat dua faktor utama apabila berlaku sesuatu dalam kehidupan kita. Sentiasa ada dua ini: Yang pertama, faktor yang terjadi adalah perkara di luar kawalan kita dan kedua faktor di dalam kawalan kita.

Berlakunya pandemik yang memberi kesan buruk kepada ekonomi negara sehingga ribuan manusia hilang pekerjaan, pelbagai sektor terpaksa gulung tikar dan perniagaan semakin sukar dilakukan. Ini faktor di luar kawalan kita. Kita tak mampu melawan takdir ini.

Pun begitu, kita percaya bahawa setiap apa yang berlaku pasti akan ada hikmahnya. Selepas musim kemarau pasti akan datang musim subur. Selepas hujan pasti matahari bersinar kembali. Tuhan beri ujian sudah pasti ada jalan menghadapi ujian ini dan tugas kita bersama-sama mencari solusi, perbaiki kehidupan seolah-eolah kita akan hidup seribu tahun lagi.

Rancang dan bertindak dalam ruang kawalan kita. Cara kita berfikir, bertindak, bercakap serta bertingkah laku adalah perkara yang kita boleh kawal.

Baik. Sekarang mari kita susun semula perancangan bisnes kita di dalam ruang lingkup kawalan kita.

2. Lihat semula ‘Big Why’ kita mulakan bisnes ini:

  • Apakah sebab kita buat bisnes?
  • Apakah matlamat bisnes kita?
  • Ke mana hala tuju bisnes kita?

Jika kita belum ada jawapan ke atas setiap persoalan di atas, maka mulalah mencari jawapannya. Bisnes yang mampu berkembang hanya apabila ianya menyelesaikan pelbagai masalah di dunia ini dan memberi nilai.

3. Begin with the end in your mind

Ini kata-kata Tuan Franklin Covey dalam buku beliau yang bertajuk ‘The 7 Habits Of Highly Effective People’.

Jika kita tidak dapat visualkan bagaimana permulaan bisnes kita termasuklah perkembangannya dan bagaimana kita mahu teruskan atau keluar daripada bisnes, kita akan mudah patah semangat. Ini pemerhatian saya sewaktu membantu pengusaha bisnes kecil. Bermula sesuatu dengan pengakhiran bagaimana yang kita kehendaki / rancang dalam fikiran kita. Penting merancang ‘exit plan’ atau jalan keluar supaya kita tidak terperangkap di dalam bisnes kita.

4. Semak semula kedudukan semasa syarikat

Menyusun semula pengurusan bisnes sangat penting dibuat sewaktu krisis seperti pandemik hari ini. Duduk berbincang dengan tim bisnes kita. Unjuran kewangan yang kita sudah siapkan untuk perancangan strategik tahun ini sudah tidak boleh diguna pakai sepenuhnya. Ada data-data yang perlu diubah.

Mulakan langkah dengan menghentikan dahulu semua perbelanjaan yang menjadikan bisnes kita sakit. Kemudian ambil langkah supaya bisnes masih boleh diteruskan dan tiada siapa dibuang kerja (melainkan pekerja yang tidak mampu memberi sumbangan lagi kepada syarikat) walaupun mungkin syarikat hanya mampu membayar gaji pokok, KWSP & SOCSO.

Namun, jika pelbagai usaha sudah dibuat namun masih tidak dapat menampung perbelanjaan bulanan, mungkin sudah sampai masanya untuk kita lihat semula apakah bisnes tersebut wajar diteruskan atau dihentikan sepenuhnya.

Pengurusan Bisnes Sewaktu Pandemik 1024x576
Pelan Pengurusan Bisnes Sewaktu Pandemik

5. 8 Langkah penting di dalam menyemak keadaan semasa syarikat

  1. Fahami dahulu situasi apa yang sedang berlaku, contoh: produk jualan tidak bergerak laju seperti sebelum ini atau tidak mencapai jualan harian.
  2. Lihat petak pertama dalam Pelan Pengurusan Bisnes Sewaktu Pandemik di atas. Objektif kita yang pertama adalah menghentikan pendarahan bisnes terlebih dahulu.
  3. Ambil langkah-langkah tersebut satu persatu.
  4. Kemudian, kita beralih ke fasa kedua. Sewaktu krisis ini strategi yang paling baik adalah bertahan – biar bisnes kurus, asalkan tak mati.
  5. Ambil langkah-langkah dalam fasa tersebut mengikut kesesuaian bisnes kita. Bekerja erat dengan semua staff dan rakan kongsi kita.
  6. Sampai masanya untuk kita berkolaborasi dengan pesaing kita.
  7. Lihat semula bisnes kita secara keseluruhan. Apakah masih boleh bertahan dalam gelombang pandemik yang makin mengganas atau ada cahaya samar-samar hasil kerjasama semua pihak?
  8. Pasti dua sahaja kemungkinan bisnes kita ini. Samada akan lahir kaedah baru yang memberi hasil jualan kepada syarikat, atau produk baru atau packaging baru. Kemungkinan kedua adalah lebih baik kita menutup sementara syarikat tersebut dan fokus kepada survival hidup melalui platform berbeza.

Kesimpulan

Nah, sekarang, ambil pen & kertas.

Lakar semula perancangan tuan-tuan dan puan-puan bagi memastikan kelangsungan kehidupan kita dan seterusnya sama-sama memberi manfaat dan saling mendorong.