Mengenai Suhaili Ikhsan

Memimpin bisnes pendidikan sejak tahun 2000.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Kualiti dan Peningkatan Produktiviti , UKM dan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Industri) dengan Kepujian, UKM.

Suhaili berkecimpung dalam bisnes pendidikan sejak tahun 2000. Setelah tamat pengajiannya, beliau mengasaskan Tadika NASYRAH, Pusat Jagaan Kanak-Kanak NASYRAH dan Pusat Tuisyen NASYRAH bersama rakan-rakan sepengajiannya.

NASYRAH merupakan pusat pendidikan dan asuhan kanak-kanak di antara 0-6 tahun. Manakala Pusat Tuisyen NASYRAH mempunyai pelajar sehingga SPM. Sehingga 2014, beliau sudah pun mempunyai 4 buah tadika, 4 pusat penjagaan kanak-kanak dan 1 pusat tuisyen yang beroperasi di Bandar Baru Bangi, Kajang, Putrajaya dan Serdang dengan 7000 kanak-kanak dan keluarga dalam tempoh 2000-2014.

Tanpa mentor atau jurulatih untuk melatih kemahiran bisnes, 8 tahun pertama telah menjadi tahun yang sukar.

Beliau pernah menjawat jawatan EXCO Latihan untuk PERTIM (Persatuan Tadika Islam Malaysia) selama tempoh 2012-2014.

Selama 14 tahun berkecimpung di dalam bidang pendidikan dan pengasuhan awal kanak-kanak, beliau pernah menjadi jurulatih kepada ribuan pendidik awal kanak-kanak di seluruh negara.

Namun sejak 2010, beliau mula menumpukan kejurulatihan di dalam strategi kejayaan bisnes pendidikan untuk usahawan sedia ada atau usahawan yang baru bermula.

Beliau menumpukan keseluruhan usaha untuk membantu pemilik perniagaan melalui kursus, program keusahawanan, seminar, serta ‘personal coaching’. Beliau fokus membantu usahawan memulakan perniagaan mereka tanpa sebarang pinjaman dan pada kos yang minimum.

“Mulakan perniagaan dengan apa di tangan,
sedikit demi sedikit pastikan ianya berkembang.
Mula kecil, mula betul”

Selepas beberapa tahun secara peribadi membantu pemilik perniagaan terutama di dalam bidang pendidikan seperti taska, tadika, pusat tuisyen, akademi pengajian, sekolah, pusat perkembangan dan yang sewaktu dengannya, tibalah masa untuk beliau memperluaskan jangkauannya.

Pada bulan Jun 2013, beliau bersama beberapa rakan kongsi melancarkan satu rangkaian tadika yang berkonsepkan pengurusan berpusat dan perkongsian terbuka, iaitu Rangkaian Tadika ABS. Projek ini diilhamkan oleh Puan Ainon Mohd, pengasas PTS Publication yang juga merupakan mentor bisnes beliau, supaya para usahawan mengembangkan perniagaan mereka secara korporat dan bersyarikat.

Beliau kini adalah CEO Kumpulan Pendidikan ABS, salah sebuah anak syarikat di bawah ABS Holdings Sdn Bhd.

Di bawah kepimpinan beliau, sehingga hari ini Kumpulan Pendidikan ABS semakin berkembang seperti berikut:

  1. Anak syarikat ABS Education yang sudah pun berjumlah 5 syarikat, dengan lebih 20 rakan kongsi.
  2. Tadika ABS yang berjumlah 19 buah dengan 2 model bisnes berbeza; milikan penuh, milikan pelabur & pelesenan.
  3. Pilot Akademi Bakat ABS (sekolah rendah & menengah) yang fokus kepada pembangunan mindset keusahawanan di Bandar Baru Bangi
  4. Beberapa produk inovasi pendidikan dikeluarkan seperti:
    1. Modul kewangan & keusahawanan Abdul Rahman Auf (ARAF)
    2. Kit pendidikan; Jurnal Ramadan, Kit Malaysiaku, Huffaz Cilik & Little Ibnu Sina Science Story Telling, Bahasa & Budaya Melayu Tinggi
    3. Mendorong anak melalui Teknik Nabi yang diusahakan oleh ABS Edu Consult
    4. Ilmu-ilmu kepimpinan berasaskan Teknik Nabi
    5. Ilmu kepimpinan khusus untuk PEREMPUAN, melalui Modul LadyBoss

Beliau boleh dihubungi melalui e-mel suhaili@abseducation.my

.